Etika
ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek ‘Ethos’ yang memberi
maksud ‘Code Of Human Conduct’ atau peraturan yang membatasi gelagat
manusia. Oleh itu apabila di sebut etika perniagaan ia memberi erti
peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam
kegiatan perniagaan.
SUMBER ETIKA PERNIAGAAN
Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum islam ia itu Al-Quran dan As-Sunnah.
Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan akan diredhai oleh Allah.
Prinsip
tidak memudaratkan merujuk kepada peraturan yang mengerakan tindakan
dan gelagat pimpinan serta pihak bawahan yang dalam hubungan sesama
mereka.
Hubungan
yang berasaskan prinsip ‘tidak memudaratkan’ ini menghalang atau
mengurangkan sifat atau tindakan yang negatif terhadap orang lain,
dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan yang boleh
menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merujuk
kepada kesan produk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam
sekitar.
Dalam
menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu
seharusnya memastikan bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai
dengan prinsip tidak memudaratkan
· Niat yang betul
Seseorang
usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai
tujuan yang telah disebut agar mendapat keredhaan Allah s.w.t dalam
segala aspek kehidupannya (rujuk surah An-Nahl ayat 90)
Dalam ayat tersebut ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi. Di antaranya ialah
a) Kita disuruh melakukan keadilan
b) Kita disuruh melakukan kebajikan
c) Kita disuruh memberi sedekah
d) Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar
e) Kita dilarang membuat kezaliman
· Keadilan dalam perniagaan
Keadilan
bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini
implikasinya ialah membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang
dikehendaki oleh syariat islam.
a) Amanah dan benar dalam perniagaan serta tidak menyorok barang
b) Tidak menipu timbangan
c) Gharar (mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar)
· Tidak terlibat dengan amalan riba
Seorang
usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala
daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Perkara ini
bukanlah mudah dan kita terpaksa ,membuat pilihan dari sumber pembiayaan
yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan di
tanggung.
BIMB menyediakan kebanyakan daripada pembiayaan pembiayaan berikut untuk usahawan Islam dan bukan Islam.
i. P embiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut:
a)Mudharabah
b) Musyarakah
ii. Pembiayaan memperolehi aset:
a) Mudharabah
b) Musyarakah
c) Bai’bithaman ajil
d) Ijarah
e) Bai’al-ta’jiri
iii. Pembiayaian perdagangan
iv. Gadaian atau ar-Rahn
v. Jualan Saham
· Tidak Menzalimi Pekerja
Salah
satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan
manusia agar mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti
pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa bertanggungjawab serta
partisipasi daripada pekerja adalah penting untuk mencapai matlamat.
Cara-cara supaya tidak menzalimi pekerja:
a) Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat.
b) Membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka.
c) Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat.
d) Memberikan
latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan
personaliti yang seimbang di tempat bekerja dan di rumah.
· Menyediakan perkhidmatan yang halal dan berkualiti.
Sebagaimana
yang telah disebut, tujuan syari’at ialah untuk memelihara agama,
nyawa, akal, keturunan dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara
aspek-aspek ini disebut sebagai masa’lih. Kalau sebaliknya disebut
sebagai mafa’sid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
· Kualiti
Islam
sangat menekankan kualiti atas tujuan syari’at. Produk yang tidak
berkualiti boleh menjejas usaha membangunkan masyarakat dari sudut
mental, moral dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapai banyak
masalah berpunca daripada produk yang tidak berkualiti seperti keracunan
makanan dan penyakit kanser.
Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan merugikan pihak usahawan sendiri.
· Pengguna yang kritikal dan aktif
Sebagai
seorang usahawan, kita harus faham bahwa masyarakat pengguna kita
bukanlah masyarakat yang pasik tapi kritikal. Dengan adanya
persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat menjaga hak-hak
pengguna. Kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk bagi
mengelakkan daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli
produk.
· Memenuhi kontrak yang dibuat
Adalah
bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu
membuat sesuatu yang dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat
dengan pihak lain.
· Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.
Walaupun
Islam menganggap keusahawanan merupakan ibadat dalam konteksnya yang
luas dan orang yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya
seseorang usahawan itu mempunyai niat yang baik dan membuatnya
berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan
ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah ditunaikan ibadat-ibadat
ini bila tiba waktunya walaupun terpaksa meninggalkan apa sahaja
kegiatan yang sedang dilakukan.
a) Sembahyang
Sebaik-baiknya menutup pernigaan sebentar apabila waktu solat sudah tiba.
b) Zakat perniagaan
Adalah
menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan
zakat perniagaan. Pemberian zakat akan membantu meningkat taraf hidup
masyarakat setempat. Ia akan menimbulkan suasana harmoni dan melahirkan
rasa ukhuwah masayarakt setempat. Kajian menunjukkan ramai yang telah
mengabaikan kewajipan ini. Ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan
pelaburan yang dihalalkan oleh syariat Islam.
· Kontrak yang jelas dan sah
Kontrak
yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini
akan mengakibatkan permusuhan di antara pihak yang terlibat. Oleh
kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia menekankan agar
sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.
Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:
· Sempurna rukun dan syarat
· Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak
Syarat:
ü Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini boleh diwakilkan bapa atau penjaga.
ü Orang yang disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis.
ü Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.
ü Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan.
ü Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengan syarak.
· Segala bentuk perjudian dilarang
Segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian.
· Harga yang adil
Peniaga
dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan
terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk pembeli. Harga
haruslah mencerminkan interaksi normal antara permintaan dan penawaran.
Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti
keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung
untuk meningkatkan harga, atau disebabkan oleh spekulasi.
Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang
tidak berkemampuan tidak memiliki barangan keperluan mereka. Ia juga
akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan
barangan tempatan. Menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah
semata-mata mahu menambahkan keuntungan akan memberi kesan negatif
terhadap jualan barangan jangka panjang.
BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN?
Ada tiga cara untuk memastikan pelaksanaan etika perniagaan:
a) Peniaga atau pengusaha
ü Peniaga
atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika
perniagaan Islam dan ini menuntut agar mereka sentiasa membaca syarat
yang terangkum dalam syariat Islam.
ü Mereka
harus yakin bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah di hari akhirat
nanti dan timbul perasaan takut untuk melanggar perintahNya
b) Pengguna atau pembeli
ü Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha mengamalkannya.
c) Peranan kerajaan
ü Menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai etika perniagaan untuk diedarkan kepada peniaga dan pengusaha-pengusaha.
ü Memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan melaksanakannya.