Faktor-faktor
yang mendorong individu menceburi bidang perniagaan terdiri daripada
dua faktor utama iaitu faktor penarik dan faktor penolak.
FAKTOR PENARIK
Faktor penarik bermaksud faktor penyebab seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin kerana sesuatu kehendak antaranya :-
- Status sosial
- Politik dan dasar kerajaan
- Sistem sokongan kerajaan
- Peluang ekonomi
STATUS SOSIAL
· Ahli korporat / mewah
Usahawan
sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini.
Seseorang yang menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai
pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.
Selain
itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan
memberi sumbangan yang besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam
pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
Taraf
penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan
lumayan, kereta dan rumah mewah juga merupakan aset penarik seseorang
untuk menceburi bidang perniagaan.
· Kuasa / Kebebasan
Kebebasan
untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam
melakukan sesuatu bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan
campur tangan orang lain merupakan satu lagi faktor asas yang mampu
menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan
berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan menanggung risiko ke atas
apa jua tindakan yang dilakukan.
Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-peluang perniagaan yang ada.
· Nilai tambah
Apa yang jelas dapat dilihat usahawan turut menjadi model atau ikutan kepada tatapan masyarakat. Nilai kepakaran tinggi, gaya yang dimiliki turut menarai seseorang menjadi usahawan.
· Agen Perubah Masyarakat
Dari
segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu terdorong
menceburi bidang keuasahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup
masyarakat melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan, kemudahan
insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan
perkhidmatan untuk masyarakat.
Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial selaras dengan Wawasan 2020.
POLITIK DAN DASAR KERAJAAN
· Politik
Keadaan
politik yang stabil dan di tambah pula dengan wujudnya persefahaman
antara kaum di negara ini memungkinkan perniagaan berkembang dengan
pesat dan turut mendorang seseorang menceburi bidang perniagaan.
· Dasar Kerajaan
Bermula dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru kerajaan terus menggubal dasar-dasar terutamanya
dalam bidang ekonomi bagi memaju dan meningkatkan ekonomi negara dan
taraf hidup masyarakat. Wujudnya dasar untuk menggalakkan lebih ramai
Bumiputera agar menceburi bidang keusahawanan dengan sistem sokongan
yang disediakan turut menjadi penarik untuk menceburi bidang ini.
Antara
dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Wawasan 2020,
pembentukan MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB),Program Usahawan Siswazah (PUS) dan Program Usahawan Muda (PUM)
bertujuan untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam bidang ini. Selain
itu pernyertaan kerajaan juga turut memberi peluang kepada kakitangan
kerajaan yang bersara untuk mengikuti Latihan Kakitangan Bersara
Kerajaan Berniaga untuk menceburi bidang keusahawanan.
SISTEM SOKONGAN KERAJAAN
Wujudnya
sistem sokongan kerajaan yang berperanan untuk memberi sumber-sumber
maklumat, peningkatan kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari
agensi-agensi berikut memberi impak positif kepada penglibatan seseorang
dalam bidang keusahawanan. Contohnya
§ Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank Pembangunan dan BBMB.
§ Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan / swasta.
§ Kemudahan pasaran dalam dan luar negeri melalui MEXPO, NUITI, FAMA dan lain-lain.
§ Latihan Teknikal Keusahawanan seperti MARA, SIRIM dan MARDI
§ Lokasi dan ruang perniagaan seperti MARA, UDA dan Majlis Daerah Kerajaan Tempatan, PKEN dan lain-lain.
§ Persatuan
Perniagaan berfungsi sebagai payung yang akan melindungi kebajikan para
usahawan seperti DPMN, Persatuan Penjaja dan lain-lain.
PELUANG EKONOMI
Peluang
ekonomi yang stabil dan ditambah pula dengan wujudnya sistem francais
dan sistem vendor menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan individu
dalam bidang ini.
1.7.2 FAKTOR PENOLAK
Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan.
KEKECEWAAN akibat:
· Peluang terbatas
Seseorang
terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan.
Kekecewaan ini akibat dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya
dari kalangan pendatang. Ini jelas apabila masyarakat Cina di Malaysia
menjadi pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang peluang
mendapatkan rezeki adalah terbatas.
· Ekonomi meleset
Keadaan
memaksa juga berlaku apabila ekonomi meleset. Apabila ekonomi meleset
kerajaan dan swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya
peluang pekerjaan terhad. Maka individu akan terdorong untuk bekerja
sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.
· Ketidakpuasan
Selain
itu tidak kurang juga individu yang tidak mendapat kepuasan dari
pekerjaan yang dilakukannya atau jawatan yang disandang. Ini mungkin
disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai dengan diri atau masalah
dengan majikan. Lantas individu ini akan meninggalkan kerjaya dan
memulakan perniagaan.
BUDAYA KEUSAHAWANAN
Sesetengah
individu pula terutamanya golongan kaya dengan budaya keusahawanan pala
menganggap bidang keusahawanan sebagai amalan tradisi turun temurun.
Ini secara tidak lansung telah menolak seseorang itu menjadi usahawan.
No comments:
Post a Comment