Sunday, 10 November 2013

Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary



Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.Saya memilih beliau untuk menjadikan usahawan yang saya ingin menceritakan dalam blog saya adalah kerana dia adalah salah seorang usahawan berbangsa Melayu dan amat terkenal di Malaysia iaitu di Negara kita dan beliau merupakan usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amali.  Beliau juga berada dalam senarai Ke-7 terkaya di Malaysia dan  ke-32 terkaya di asia.
Tan sri syed mokhtara al-Bukhary dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951.Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen.Beliau dilahirkan dalam keluarga yang miskin hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi.
Pada tahun 1970-an,perniagaan bapa beliau mengalami kemerosotan ekoran akibat daripada wabak kaki dan mulut.Pada masa beliau berumur 19  beliau membuat keputusan untuk menukarkan bidang pertenakan bapanya dengan bermula perniagaanya menjual lembu dan kerbau secara kecil-kecilan dan beliau telah berjaya dalam perniagaan itu.Selepas kerjayaan itu,beliau bermula beralih kepada perniagaan lain seperti pengangkutan sehingga berjaya membuka Syarikat Pengangkutan Sentosa.Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras dan berjaya mendapat kontrak membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam.Sdn.bhd.Beliau juga diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan Beliau juga mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula,pembungkusan dan barter, beliau juga melangkah kepada sektor pembuatan yang bertanggungjawab membekalkan pakaian dan kasut kepada tentera,perkapalan dan beliau juga melibatkan diri dalam projek penswastaan
Walaupun Tan sri syed mokhtara al-Bukhary hanya belajar sampai tahap SPM sahaja ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Beliau mengatakan kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

No comments:

Post a Comment