Thursday, 14 November 2013

DEFINISI KEUSAHAWANAN DAN USAHAWAN

Apakah yang dimaksudkan dengan keusahawanan dan usahawan? Sebenarnya tiada definisi yang jelas mengenai konsep keusahawanan dan usahawan. Penyelidik, pengarang dan berbagai pihak yang membuat pemerhatian dan kajian membuat pelbagai huraian mengikut disiplin masing-masing. Istilah keusahawanan dan usahawan digunakan oleh berbagai lapisan masyarakat dengan membawa erti yang berbeza. Walaupun terdapat beberapa persetujuan kepada definisi yang diterima pakai, namun begitu masih terdapat kekeliruan. Kesannya, tiada seorangpun yang dapat memahami sepenuhnya siapa usahawan dan apa yang mewujudkan keusahawanan.
Di bawah ini adalah beberapa contoh definisi keusahawanan dan usahawan yang diberikan oleh sarjana-sarjana barat;
 
Tahun Definisi 
PADA TAHUN 1775   Richard Cantillon 
  • Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko dan dia berbeza dari orang yang mengeluarkan modal
PADA TAHUN 1794 Beaudau
  •  Usahawan ialah seseorang yang menanggung risiko, membuat perancangan, penyeliaan dan pasaran.
PADA TAHUN 1803 Jean Baptisle Say 
  • Usahawan ialah individu yang mengurus firma atau organisasi untuk pengeluaran dan pasaran.
PADA TAHUN 1934 Jean Scumpeter 
  • Usahawan ialah seseorang yang berinovatif dan mampu mengembangkan teknologi yang belum pernah dicuba sebelum ini.
PADA TAHUN 1961 David McClelland 
  • Usahawan ialah seseorang yang mengambil risiko secara sederhana.
PADA TAHUN 1964 Peter Drucker 
  • Usahawan ialah individu yang memaksimumkan peluang yang ada.
PADA TAHUN 1970 Hornaday dan Bunker 
  • Usahawan yang berjaya ialah individu yang memulakan perniagaan , membangunkannya sekurang-kurang lima tahun untuk membuat keuntungan dengan struktur tenaga kerja 15 orang atau lebih.
PADA TAHUN 1972 Draheim
  •  Keusahawanan ialah tindakan mengasaskan sesebuah syarikat baru. Syarikat baru ini diurus dan diselia oleh individu yang bernama usahawan.
PADA TAHUN 1974 Joseph Scumpeter 
  • Keusahawanan menggalakkan individu menghadapi risiko, membuat ramalan, keputusan dan inovasi.
PADA TAHUN 1975 Albert Shapero 
  • Usahawan mengambil inisiatif mengatur mekanisma sosial dan ekonomi serta menerima risiko kegagalan.
PADA TAHUN 1985 Robert Hisrich 
  • Keusahawanan ialah proses mencipta ataupun mengeluarkan sesuatu yang berlainan, mengalami masalah kewangan,gangguan psikologi dan risiko sosial serta menerima imbuhankewangan dan mencapai kepuasan diri.
MAKSUD KEUSAHAWANAN di Malaysia boleh didefinisikan sebagai ;
Keseluruhan sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan seseorang itu mampu bahkan cekap untuk mencari, mengenal dan merebut peluang dan menterjemahkannya kepada strategi-strategi dan usaha-usaha perniagaan untuk faedah ekonomi dan keuntungan. 
Manakala KEUSAHAWANAN dari perspektif Islam ialah ;
Mana-mana aktiviti pekerjaan yang diusahakan secara perniagaan oleh seseorang samada dengan menghasilkan sesuatu barangan atau memberi sesuatu perkhidmatan bagi memperolehi rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan dengan syariah
USAHAWAN
Tenaga atau kualiti manusia yang bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan usaha atau kerja dengan menggunakan faktor pengeluaran seperti tanah, modal dan buruh serta berkebolehan melakukan perkara-perkara seperti ;
· Mencari peluang-peluang perniagaan
· Mengusahakan sesuatu perniagaan yang akan membawa kebaikan kepada dirinya dan orang ramai.
· Dapat memenuhi keperluan orang ramai.
· Sedia membuat pembaharuan untuk meningkatkan produktiviti.
· Mengambil risiko yang telah dipertimbangkan.

1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete