Neelofa
Perniagaan kini sudah menjadi aktiviti kedua bagi golongan artis
terutamanya yang wanita. Mana taknya, semuanya hendak perfect dan up-to-date kalau bercerita
tentang wanita, apatah lagi artis! Baru-baru ini . Pelakon Jiwa dan Lara, Neelofa atau Lofa,
22 tahun ni bukan saja aktif berlakon, dia kini mengusahakan pernigaan kasut
tumit tinggi. Neelofa ada sebuah blog (neelofaheels.blogspot.com) yang
khas untuk mempromosi dan menjual kasut kasut dengan jenama Lofa. Beliau akan
menukarkan nama jenama Lofa itu kepada nama dia sendiri iaitu “Neelofa” dalam
waktu terdekat.
Kini
perniagaan kasut Lofa sudah berjalan selama 1 tahun lebih. Usahawan cantik
molek ini sedang berusaha untuk memperkembangkan perniagaan kasut tumit
tingginya dengan mempelbagaikan material produk, tekstur dan warna kasut. Kasut
kasut dalam koleksinya dijual dengan hargar sekitar RM 150 hingga 350 setiap
pasang. Kasut-kasut ini bukan direka oleh Lofa tapi Lofa pilihnya daripada
sebuah katalog dan sumbernya dari luar negara. Kasut ini dibuat penjenamaan
semula dengan menggunakan nama Lofa pada mulanya.
Walaupun
masih muda, beliau bercita-cita tinggi untuk membuka cawangan. Dan baru-baru
ini, beliau sudahpun mendaftarkan syarikat dengan nama Neelofa Sdn Bhd di MITI
(Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri). Neelofa dan sorang lagi
artis, Fizo Omar telah mendapat geran RM200,000 untuk mengusahakan perniagaan
mereka. Geran itu akan digunakan untuk mempromosi dan rebrandingkan kasut kasut
tumit tinggi selain menampilkan konsep dan rekaan baru. Anak kelahiran Kelantan
ini dikatakan akan membuka sebuah gudang khas sama ada di Shah Alam atau
Damansara untuk memudahkan proses penghantaran dan penyimpanan kasut-kasutnya.
Sememangya
orang Kelantan memang bijak berniaga!
No comments:
Post a Comment