TIDAK
pernah terlintas di fikirannya untuk terlibat dalam dunia perniagaan. Tambahan
pula, di kalangan ahli keluarga tiada seorang pun memilih menceburi bidang itu.
Namun,
bagi Wan Khadijah Othman, 39, penglibatan dalam perusahaan membuat roti berlaku
secara kebetulan.
Segalanya bermula
ketika dia menemani seorang rakan mendaftar kursus perniagaan anjuran Majlis
Amanah Rakyat (Mara) di Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu.
''Waktu itu, salah
seorang pegawai Mara yang bertugas meminta saya turut menyertai kursus
berkenaan.
"Tanpa berfikir
panjang, saya terus bersetuju.
''Kursus jangka
panjang yang dikenali sebagai Latihan Pembentukan Usahawan Mara itu dijalankan
selama enam bulan.
''Sejak menyertainya,
saya mula membuka mata dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan
perniagaan,'' katanya yang pernah bertugas di salah sebuah bank sebelum
terlibat secara serius dalam dunia perniagaan.
Setelah tamat kursus,
Wan Khadijah cuba mencari peluang-peluang perniagaan yang sesuai untuk
diceburi.
Tahun 2002
menyaksikan dia mula membuat penyelidikan tentang potensi dan kelebihan
berniaga roti.
''Saya memilih
perusahaan roti kerana tidak ramai pengusaha bumiputera terutama orang Melayu
terlibat dalam perniagaan ini.
''Saya memang tiada
ilmu langsung mengenainya. Jadi, sebelum memulakan perniagaan ini, saya banyak
membuat kajian mengenai peluang pasaran selain mengambil tahu apa yang
pelanggan mahu.
''Melalui pinjaman
modal daripada Mara bernilai RM40,000, saya memulakan perniagaan membuat roti
secara kecil-kecilan di rumah,'' jelasnya ketika ditemui di kilangnya di Sungai
Buloh, Selangor baru-baru ini.
Bukan setakat itu,
dia turut mengambil bekalan roti sejuk beku daripada beberapa syarikat lain
sebelum membakar dan menjualnya semula.
Bagi melancarkan
urusan perniagaannya, dia menyewa sebuah kedai kecil di Kota Damansara dengan
kos RM600 sebulan.
''Untuk tempoh lapan
bulan pertama, saya terpaksa menanggung kerugian kerana ketika itu saya belum
begitu mahir dengan operasi pengiraan kos selain tidak memahami saiz pasaran
dan kehendak pengguna.
''Selepas lebih
kurang setahun, perjalanan perniagaan semakin stabil dan saya mengambil
keputusan untuk menyewa sebuah kilang kecil di Bukit Rahman Putra, Sungai
Buloh.
''Rezeki saya
bertambah murah apabila mendapat tender membekalkan roti kepada Kelab Diraja
Selangor di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan kafe di Universiti Malaya (UM),''
jelas ibu kepada dua orang anak itu.
Usaha Wan Khadijah
tidak terhenti setakat itu, dia turut memasarkan produk roti buatannya di pasar
malam berhampiran dengan pendapatan antara RM250 hingga RM350 sehari.
''Pengalaman berniaga
di pasar malam banyak mengajar saya tentang ilmu perniagaan daripada segi
kekuatan semangat dan keazaman,'' katanya.
Dia kemudian
mendaftarkan perniagaannya di bawah syarikat Lovely Cake Enterprise pada 2002
sebelum ditukar kepada Tanjung Cindai Sdn. Bhd. setahun kemudian.
Kesemua produk kek
dan rotinya pula dikeluarkan menerusi penjenamaan Wan Bakers.
Walaupun perniagaanya
telah stabil ketika itu, dia yang berperanan sebagai Pengarah Urusan masih
terus mempelajari teknik pemasaran dan promosi syarikat.
Dalam usaha
memperluaskan perniagaannya pula, dia telah menjual kesemua mesin pembuat roti
bersaiz kecil yang terdapat di kilangnya.
Tujuannya untuk
menampung deposit pembelian bangunan kilang lebih besar dan dijadikan modal
membeli mesin lebih canggih.
Menurut Wan Khadijah
lagi, kilangnya kini mempunyai lebih 15 mesin sokongan operasi pembuatan
pelbagai jenis roti.
Beberapa tahun
selepas itu, dia telah membuat pinjaman modal sebanyak dua kali daripada pihak
Agrobank dengan nilai RM20,000 setiap satu.
Dana yang diperoleh
menerusi skim Pinjaman Mikro Modal Usahawan Tani (MUST), Agrobank digunakan
untuk memperbesarkan operasi kilangnya.
''Selain kilang di
Industri Jaya Sungai Buloh ini, kita turut mempunyai sebuah lagi kilang membuat
roti di Batu Caves, Selangor,'' katanya yang mempunyai 23 orang kakitangan.
No comments:
Post a Comment