Usahawan pengusaha batik, Tengku Arman Harris Tengku Ismail,
36, yang cacat pendengaran adalah
antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di
Terengganu.Tengku Arman mula bekerja di kilang
Romi Batik di Chendering serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama
beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri. Menurut ibunya, Tengku Arman mempelajari pelbagai
cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum membuka sendiri syarikatnya iaitu
Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk. Pada mulanya, Tengku
Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan
pembuatan batik secara kecil-kecilan seterusnya beliau dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
untuk mengembangkan perusahaannya. setelah
perusahaan Tengku Arman memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis
Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar
balik pinjaman dalam tempoh yang singkat. Atas usaha gigihnya, Tengku Arman
kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik suteranya.
No comments:
Post a Comment