Kendiri merupakan anggapan atau persepsi diri kita terhadap
“jenis dan orang bagaimanakah diri kita ini”. Ringkasnya ia adalah
gambaran mental diri kita.
KEPENTINGAN MENGENAL DIRI
Di antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti berikut.
1. Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri kita sebagai individu yang unik.
2. Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih bersedia menerima orang lain walaupun mereka berbeza dari kita.
3. Membantu
kita menjalinkan perhubungan mesra dengan orang lain seperti ahli
keluarga, rakan, jiran dan orang- orang di sekeliling kita.
4. Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui kelebihan / kekuatan dan kekurangan / kelemahan diri sendiri.
5. Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan kewujudan yang lebih besar iaitu Tuhan yang maha esa.
KAEDAH MENGENAL DIRI
Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu:
1. Pengkajian diri sendiri.
2. Pandangan atau maklumbalas orang lain.
· Pengkajian Diri Sendiri
Melalui
kaedah ini, kita harus mengenalpasti sifat diri kita dengan mengkaji
diri daripada pelbagai segi dari aspek- aspek diri. Dari sini kita akan
dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri sendiri.
Seterusnya kita akan menggunakan kekuatan diri untuk menjayakan tugas
dan tanggungjawab kita. Sebaliknya dari kelemahan diri, kita mesti cuba memperbaiki atau mengatasi kelemahan tersebut.
Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mengkaji diri dari enam aspek seperti berikut:
a) Fizikal
Mengenal
diri dari aspek fizikal bermaksud mengetahui sifat tubuh badan sendiri.
Terdapat sifat fizikal yang boleh diperbaiki, seperti kelihatan kemas
dan sifat fizikal lain yang harus kita terima, seperti mempunyai lengan
dan kaki yang panjang.
Kita
harus menerima sifat fizikal kita secara positif dan tidak harus berasa
rendah diri sekiranya mempunyai tubuh badan yang kurang menarik atau
berbeza daripada orang lain. Sebaliknya setiap individu harus berbangga
dengan diri mereka kerana masing- masing mempunyai keistimewaaan
tersendiri.
b) Mental - Emosi
Ia merujuk kepada aspek pemikiran dan perasaan seseorang.
c) Sosial
Aspek
ini bermaksud perhubungan individu dengan orang lain dalam kehidupan
hariannya. Melalui pergaulan harian, kamu dapat menerima tingkah laku
yang positif dan memahami perbezaan- perbezaan di kalangan individu.
d) Minat
Ia
merupakan kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang
dapat memberi kepuasan kepadanya. Orang yang berminat melakukan sesuatu
tidak semestinya ia handal dalam bidang tersebut.
e) Kebolehan
Ia
adalah keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas atau kemahiran
tertentu. Kadang-kadang ianya tidak mudah dikenalpasti. Ada kalanya setelah mencuba sesuatu yang baru, didapati bahawa kebolehan itu ada pada dirinya.
f) Nilai Peribadi
Ianya
adalah pegangan dan pertimbangan terhadap sesuatu. Nilai- nilai ini
akan mempengaruhi keputusan yang dibuatnya dalam pelbagai situasi
harian. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kebendaan seperti
mementingkan kekayaan, harta, wang dan kelihatan cantik dan nilai bukan
kebendaan seperti mementingkan penetapan masa, kasih sayang,
tanggungjawab dan kemesraan.
· Pandangan Atau Maklumbalas Orang Lain (Tingkap Johari)
Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mendapat maklumbalas atau meminta pendapat daripada orang lain. Ada kalanya orang lain tidak melihat kita sepertimana kita melihat diri sendiri.
No comments:
Post a Comment