Apabila
membincangkan topik perniagaan, kita tidak dapat lari dari bercakap
mengenai keusahawanan kerana keusahawanan adalah teras dan tunjang
kepada perniagaan. Jadi pendapat yang mengatakan seorang usahawan adalah
seorang peniaga, tetapi seorang peniaga tidak semestinya seorang
usahawan adalah tepat. Keusahawanan dan pembentukan urusniaga baru
penting bagi mencipta dan mengekalkan ekonomi yang sihat kerana ia
mencipta peluang-peluang pekerjaan baru, menambah keupayaaan eksport
negara dan pertumbuhan ekonomi. Seseorang usahawan berfungsi sebagai
pembangun ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan dunia. ( Zafir, 2005)
Lantaran
kehebatan peranan keusahawanan itu, seluruh masyarakat dunia sejak
zaman dahulu lagi berlumba-lumba menceburkan diri dalam bidang ini.
Masyarakat Melayu dan Bumiputera juga tidak ketinggalan. Apabila kita
mengimbas kembali Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka,
penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan dan keusahawanan amat
aktif
sehingga pada suatu peringkat mereka berjaya menjadikan Selat Melaka
dan Pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan tersibuk di dunia. ( Zafir,
2005)
Kemajuan Pelabuhan Melaka pada masa itu dikatakan ‘mencekik leher’ kota Venice
yang sebelumnya antara pelabuhan utama dunia. Walaubagaimanapun selepas
kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, bermula dengan Portugis pada 1511,
diikuti Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali sehingga 1957,
semangat keusahawanan di kalangan orang Melayu dan Bumiputera semakin
pudar. Penjajah Inggeris umpamanya telah menanam satu kepercayaan di
kalangan orang Melayu kononnya mereka tidak pandai berniaga. Ini
diburukkan lagi dengan Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh
Inggeris yang menggalakkan
orang-orang Melayu tinggal di pedalaman dan kampung bertani sedangkan
imigran dari Tanah Besar China ditempatkan di kawasan lombong bijih
timah dan bandar-bandar besar bagi menjalankan perniagaan.
Bidang
keusahawanan di kalangan masyarakat Melayu kembali popular selepas
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. DEB diperkenalkan
selepas berlaku Peristiwa Berdarah 13 Mei 1969 di mana pada masa
tersebut telah berlaku rusuhan antara kaum selepas pilihan raya umum
diadakan. Punca utama pergaduhan kaum itu ialah timbulnya perasan tidak
puashati antara orang Melayu dengan bukan Melayu berhubung penguasaan
ekonomi negara. Kadar kemiskinan orang Melayu dan Bumiputera pada masa
itu sangat tinggi sedangkan orang-orang bukan Bumiputera menguasai
bidang perniagaan dan membuat berbagai tuntutan kepada kerajaan yang
menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai kaum Peribumi.
Untuk
mengatasi ketidakseimbangan kedudukan ekonomi antara kaum ini yang
boleh menggugat keharmonian negara, DEB diperkenalkan dengan dua
objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun
kembali struktur ekonomi negara supaya sesuatu bidang ekonomi tidak
dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja. Semenjak dari itu, kerajaan telah
memperkenalkan beberapa dasar untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera
dalam bidang keusahawanan tanpa menjejaskan kedudukan sedia ada bukan
Bumiputera dalam bidang tersebut.
Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk menggalakkan
Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan ialah
· Dasar Pengswastaan,
· Dasar Persyarikatan Malaysia,
· Pemberian kontrak kerajaan kepada syarikat Bumiputera,
· Pengwujudan Kontraktor Kelas F,
· Pengenalan Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB)
· mewujudkan berbagai agensi yang berfungsi sebagai sistem sokongan usahawan.
Selepas DEB tamat pada tahun 1990, kerajaan menubuhkan pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk meneruskan usaha-usaha menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
No comments:
Post a Comment