Thursday, 14 November 2013

PERBEZAAN ANTARA USAHAWAN DAN PENIAGA

Usahawan tidak boleh disamaertikan dengan peniaga. Sebenarnya bukan semua peniaga berjaya menjadi ushawan. Tetapi semua usahawan adalah peniaga. Terdapat beberapa ciri yang membezakan antara usahawan dengan peniaga terutamanya peniaga kecil, antaranya ialah ;
Fungsi
Peniaga
Usahawan
Takrif Umum
Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi diri sendiri dan keluarga
Menjalankan perniagaan sendiri untuk mendapatkan keuntungan di samping mengutamakan kepuasan pelanggan, dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Membentuk Perniagaan Baru
Membentuk perniagaan baru tetapi skala operasi adalah kecil.
Membentuk perniagaan baru. Peringkat awal skala operasinya adalah kecil, tetapi berupaya berkembang maju dari masa ke semasa
Kebolehan Mengenalpasti Peluang Perniagaan
Sukar mengembangkan perniagaan kerana kurang berkebolehan untuk mengenalpasti peluang-peluang perniagaan.
Berkebolehan mencari, melihat dan merebut peluang perniagaan secara berterusan untuk mengembangkan usaha teroka.
Tahap Pengambilan Risiko.
Biasanya peniaga cenderung mengambil risiko yang rendah dan cuba mengelakkan risiko.
Sanggup mengambil risiko yang sederhana atau risiko yang telah diperincikan.
Menggembeling Sumber
Menggembeling sumber-sumber untuk penerusan perniagaan.
Menggembeling sumber-sumber bagi pembangunan usaha teroka.

2 comments:

  1. Terima kasih. Menjadi rujukan saya untuk mengajar tajuk KEUSAHAWANAN kepada pelajar KUIPSAS.

    ReplyDelete
  2. salam.antara entrepreneur dan businesswomen yang manakah yang terbaik untuk 5 atau 10 tahun akan datang ?tolong terangkan dengan lebih teliti kepada saya. sekian terima kasih

    ReplyDelete